us

Choose Your Region/City

Select your region/city so as to get support for your region.

Razer Pay Malaysia (Bahasa Malaysia) Support



 

Mengenai Razer Pay™

Apakah Razer Pay™?

Razer Pay™ adalah aplikasi e-wallet yang direka untuk generasi belia dan milenium. Tiada lagi urus niaga berbentuk wang tunai. Dengan e-wallet, anda boleh membuat pembayaran di pelbagai kedai dan perkhidmatan yang terkenal di rantau ini. Anda boleh bayar di mana saja, pindahkan wang dengan segera, dan tambah nilai tunai secara mudah dengan mengunakan satu aplikasi.

Kenapa saya patut menggunakan Razer Pay™?

Ciri-ciri berikut tersedia pada Razer Pay™:

  • Bayar di Mana-Mana Sahaja

    Gunakan Razer Pay™ untuk membeli permainan dan hiburan kegemaran anda, makanan, tambah nilai mudah alih dan banyak lagi.


  • Pemindahan Pantas

    Hantar dan terima wang dengan beberapa langkah mudah atau mengeluarkan wang anda daripada e-wallet Razer Pay™ anda ke akaun bank anda pada bila-bila masa.


  • Tambah Nilai Dengan Mudah

    Tambah nilai pada e-wallet Razer Pay™ anda dengan mudah melalui perbankan dalam talian atau melalui pembayaran tunai yang disokong oleh Razer Pay. Nota: Tambah nilai melalui pembayaran tunai disokong oleh Razer Pay hanya terdapat di Malaysia.

Razer Pay™ adalah e-wallet yang dibawakan kepada anda oleh jenama gaya hidup yang terkemuka di dunia untuk para pemain. Dalam beberapa bulan akan datang, Razer Pay™ juga tersedia di negara Asia Tenggara yang lain. Pengguna Razer Pay™ dapat menikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai yang meluas di rantau ini tidak lama lagi.

Di negara manakah Razer Pay™ tersedia? Bahasa apakah yang disokong?

Razer Pay™ sekarang tersedia di Singapura dan Malaysia, dalam Bahasa Inggeris. Khidmat Sokongan Pelanggan akan tersedia dalam Bahasa Inggeris, Mandarin, dan Bahasa Melayu.

Adakah saya boleh menggunakan akaun Razer Pay™ Singapura untuk membuat pembayaran kepada pedagang Razer Pay™ Malaysia, dan sebaliknya?

Tidak, buat masa ini anda tidak boleh membuat pembayaran di luar negara yang anda daftar.

Adakah saya boleh menggunakan aplikasi Razer Pay™ untuk mendaftar dua akaun Razer Pay™, satu akaun di setiap negara?

Ya, selagi anda mempunyai nombor mudah alih Singapura dan Malaysia. Anda boleh menukar antara dua akaun yang dilog masuk dengan pergi ke “Change Login Account” (Tukar Akaun Log Masuk) dalam tab “Me” (Saya).

Kembali ke Atas
 

Senarai Kenalan

Bagaimanakah saya mencari rakan yang sedia ada?

Dalam tab “Friends” (Rakan) anda, pergi ke bucu kanan atas dan tekan “ikon [orang]”. Rakan Razer Pay disenaraikan di sana.

Bagaimanakah saya mengawal siapa yang boleh menambah saya sebagai rakan?

Anda tidak akan dapat mengawal pengguna daripada menambah anda sebagai rakan, tetapi anda boleh memilih untuk tidak menerima permintaan menjadi rakan.

Bagaimanakah saya mahu menambah rakan daripada Senarai Kenalan dalam telefon saya?
  1. Dalam tab “Friends” (Rakan), pergi ke bucu kanan atas dan tekan “ikon [+]”.
  2. Tekan “Add Contacts” (Tambah Kenalan) daripada menu ke bawah.
  3. Pilih “Phone Contacts” (Kenalan Telefon.).
  4. Cari rakan anda, kemudian tekan “Add Friend” (Tambah Rakan).
  5. Rakan anda akan menerima notifikasi. Selepas mereka terima, mereka akan ditambah ke dalam Kenalan Razer Pay™ anda.
Bagaimanakah saya mahu menambah rakan menggunakan akaun Razer Pay™ mereka?
  1. Dalam tab “Friends” (Rakan), pergi ke bucu kanan atas dan tekan “ikon [+]”.
  2. Tekan “Add Contacts” (Tambah Kenalan) daripada menu ke bawah.
  3. Pilih “Scan QR Code” (Imbas Kod QR), sementara rakan anda memilih “My QR Code” (Kod QR Saya) di halaman yang sama.
  4. Imbas Kod QR rakan anda untuk menambah mereka.
  5. Rakan anda akan menerima pemberitahuan. Selepas mereka terima, mereka akan ditambah ke dalam Kenalan Razer Pay™ anda.
Bagaimanakah saya mahumembuang atau membatalkan permintaan menjadi rakan yang saya hantar?

Sebaik anda menghantar permintaan menjadi rakan, anda tidak akan dapat membatalkannya.

Kenapa saya tidak menerima permintaan rakan saya?

Sila periksa tetapan rangkaian telefon mudah alih anda atau pastikan anda disambungkan dengan WIFI yang stabil. Anda juga boleh meminta rakan anda untuk menghantar semula permintaan menjadi rakan mereka.

Jika anda masih menghadapi masalah menerima permintaan menjadi rakan, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami untuk menyelesaikan isu anda.

Berapa lamakah permintaan menjadi rakan dapat bertahan?

Permintaan menjadi rakan anda tidak akan luput.

Bagaimanakah saya mahu menerima permintaan menjadi rakan?

Dalam tab “Friends” (Rakan), anda boleh melihat semua permintaan menjadi rakan yang masuk. Tekan “Accept” (Terima) pada mereka yang anda ingin tambah sebagai rakan.

Bagaimanakah saya mahu menolak permintaan menjadi rakan?

Jika anda ingin menolak permintaan menjadi rakan tertentu, tekan “Refuse” (Tolak) pada undangan tersebut.

Kenapa saya tidak boleh menambah lebih ramai rakan?

Ada tidak akan dapat menambah rakan jika anda melebihi had Razer Pay™ sebanyak 1,000 kenalan.

Adakah saya boleh menambah rakan dengan akaun Razer Pay™ yang didaftarkan di luar negara?

Tidak, buat masa ini anda hanya dibenarkan untuk menambah rakan dengan akaun Razer Pay™ yang didaftarkan dalam negara yang sama.

Kembali ke Atas
 

Mesej Segera

Bagaimanakah saya ingin mengetahui tarikh dan masa suatu mesej?

Di atas mesej anda, anda akan nampak cop masa berwarna kelabu. Tarikh dan masa akan ditunjukkan untuk mesej yang berusia lebih daripada sehari.

Apakah maksud tanda seru di sebelah mesej saya?

Tanda seru bermakna mesej anda tidak dihantar. Ini mungkin disebabkan sambungan rangkaian yang tidak stabil atau tidak tersedia; Sila semak tetapan rangkaian telefon mudah alih anda. Anda boleh menghantar semula mesej anda dengan mengetik tanda seru tersebut.

Bagaimanakah saya mahu menggunakan emoji?

Tekan “ikon [senyum]” di sebelah kanan bar sembang untuk mengakses emoji kami. Tekan emoji yang anda mahu sebelum menghantarnya kepada rakan anda.

Bagaimanakah saya memadamkan perbualan?

Tekan dan tahan pada sembang tersebut kemudian pilih “Delete conversation” (Padam perbualan).

Bagaimanakah saya mahu mencipta kumpulan sembang?

Anda boleh mencipta kumpulan dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Dalam tab “Friends” (Rakan), tekan “ikon [+]” di bucu kanan atas.
  2. Pilih pilihan “Group Chat” (Kumpulan Sembang).
  3. Pilih rakan daripada senarai kenalan Razer Pay™ anda.
  4. Tekan “Done” (Selesai) di bucu kanan atas.
  5. Taip nama atau subjek kumpulan baru anda.
  6. Tekan “Add Group Chat” (Tambah Kumpulan Sembang)sekali lagi. Kumpulan anda siap dicipta!
Bagaimanakah saya mahu mengeluarkan ahli kumpulan?

Hanya pemilik kumpulan boleh mengeluarkan ahli daripada kumpulan sembang. Tekan “ikon [orang dengan gigi roda]” di bucu kanan atas sembang untuk masuk ke halaman pengurusan. Tekan “ikon [-]” dan pilih ahli yang anda ingin padamkan. Tekan “Done” (Selesai) di bucu kanan atas dan orang berkenaan akan dikeluarkan.

Bagaimanakah saya mahu menghantar imej kepada rakan saya?
  1. Buka sembang persendirian atau berkumpulan.
  2. Tekan “ikon [+]” di sebelah kanan bar sembang anda.
  3. Pilih gambar yang anda ingin hantar.
    1. Tekan “Camera” (Kamera) untuk mengambil foto baru. Anda boleh mengambil banyak foto sebelum memilih foto yang mahu dihantar.
    2. Tekan “Image” (Imej) untuk memilih foto yang sedia ada. Tekan imej untuk memilih foto yang anda ingin hantar.
  4. Setelah anda berpuas hati dengan pilihan anda, tekan “Send” (Hantar) di bucu kanan bawah.
Bagaimanakah saya mahu merakam mesej suara?
  1. Tekan “ikon [mikrofon]” di sebelah kiri bar sembang anda.
  2. Bar sembang anda akan meminta anda untuk “Hold Down to Talk” (Tekan dan Tahan untuk Bercakap); Tahan bar sembang dan mula bercakap.
  3. Lepaskan bar sembang untuk melengkapkan rakaman, yang akan dihantar secara automatik.
Adakah terdapat had masa untuk mesej suara?

Ya, Razer Pay™ mempunyai had masa selama 60 saat untuk semua mesej suara.

Bagaimanakah saya mahu membatalkan rakaman mesej suara?

Semasa merakamkan mesej anda, hanya luncurkan ke atas dan lepaskan jari anda untuk membatalkan rakaman mesej suara anda.

Bagaimanakah saya mahu memainkan mesej suara yang saya terima?

Tekan “ikon [main]” untuk mendengar mesej suara yang anda terima.

Kembali ke Atas
 

Pemberitahuan

Saya tidak menerima apa-apa pemberitahuan mesej baru daripada rakan saya. Mengapakah ini terjadi?
Ini berlaku apabila anda menyahdayakan notifikasi daripada rakan saya. Untuk mendayakan notifikasi:
  1. Pergi ke tab “Me” (Saya) di bucu kanan bawah.
  2. Tekan “Settings” (Tetapan).
  3. Luncur suis “Notifications” (Notifikasi) ke kenan untuk mendayakan notifikasi mesej baru.
Bagaimanakah saya mahu mematikan notifikasi?
Untuk mematikan notifikasi:
  1. Pergi ke tab “Me” (Saya) di bucu kanan bawah.
  2. Tekan “Settings” (Tetapan).
  3. Luncurkan suis “Notifications” (Notifikasi) ke kiri untuk mematikan notifikasi mesej baru.
Di manakah saya boleh memeriksa notifikasi sistem?

Sistem kami akan memberitahu anda tentang apa-apa penyelenggaraan, acara, atau maklumat yang relevan melalui Skrin Utama Razer Pay™. Tekan sepanduk dengan “ikon [loceng]” untuk maklumat lanjut.

Kembali ke Atas
 
 

Razer Pay Malaysia FAQs

 

Akaun

Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar?
  1. Muat turun aplikasi Razer Pay™ (dikenali sebagai “Razer Pay™”) menerusi App Store Apple atau Google Play Store.
  2. Lancarkan aplikasi Razer Pay™ dan tekan “Sign Up” (Daftar).
  3. Pilih “+60” dan masukkan nombor mudah alih dan e-mel anda.
  4. Sahkan nombor mudah alih anda dengan memasukkan OTP yang dihantar.
  5. Masukkan Nama Penuh anda, Nombor MyKad/Pasport, Tarikh Luput Pasport (jika berkenaan), dan Kewarganegaraan.
  6. Sediakan kata laluan log masuk dan PIN Pembayaran untuk melengkapkan pendaftaran akaun Razer Pay anda.
Bagaimanakah untuk mengesahkan akaun saya?
  1. Di bawah tab “Me” (Saya), tekan pada “Verify your profile to access all features” (Tentu sahkan profil anda untuk mengakses semua ciri).
  2. Masukkan Tarikh Lahir, Alamat Rumah dan Alamat Surat-menyurat anda.
  3. Muat naik foto MyKad/Pasport anda.
  4. Kami memerlukan beberapa hari untuk mengesahkan butiran anda, anda akan menerima notifikasi selepas mengesahan berjaya/gagal.
Apakah ciri-ciri yang saya dapat dengan mengesahkan profil saya?
  • Had wallet dinaikkan kepada RM1,500
  • Pemindahan wang kepada dan daripada pengguna Razer Pay™ (termasuk Paket Bertuah)
  • Mengeluarkan tunai ke akaun bank
Berapakah bilangan akaun yang boleh saya daftar?
Mengikut Terma Perkhidmatan Razer Pay™, setiap orang hanya boleh mendaftar satu akaun untuk setiap MyKad/Pasport yang sah. Akaun pendua adalah tidak dibenarkan dan akan ditamatkan jika dikesan.
Adakah saya boleh mendaftar jika saya bukan penduduk Singapura/Malaysia?
Ya, jika anda mempunyai nombor mudah alih Singapura/Malaysia dan pasport yang sah.
Adakah saya boleh mendaftar dengan nombor mudah alih selain nombor Singapura/Malaysia?
Tidak, pada masa ini hanya nombor mudah alih Singapura/Malaysia sahaja dibenarkan.
Apakah had umur untuk mendaftar?
Anda mestilah berumur lebih 16 tahun untuk mendaftar.
Bagaimanakah cara saya menukar nombor mudah alih saya?
  1. Pada tab “Me” (Saya), tekan “Security” (Keselamatan), kemudian tekan “Change Mobile Number” (Tukar Nombor Mudah Alih).
  2. Tekan “Change Mobile Number” (Tukar Nombor Mudah Alih).
  3. Masukkan nombor mudah alih baru anda, dan tekan “Next” (Seterusnya).
  4. Masukkan PIN Pembayaran anda.
  5. Masukkan OTP yang telah dihantar ke nombor mudah alih baru anda.
Adakah akaun saya akan dinyahaktifkan jika saya membiarkannya tanpa aktiviti?
Akaun yang tidak dilog masuk selama 12 bulan yang lalu akan dibekukan. Anda perlu menghubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami untuk mengaktifkan semula akaun anda.
Bagaimanakah untuk menutup akaun Razer Pay™ saya?
Untuk menutup akaun anda, sila isikan Borang Penutupan Akaun dan hantarkan kepada kami melalui borang web di sini.
Kembali ke Atas
 

Tambah Nilai

Adakah saya memerlukan akaun bank untuk mendaftar?
Tidak, akaun bank tidak diperlukan.
Bagaimanakah saya menambah nilai untuk wallet Razer Pay™ saya?
Di bawah tab “Wallet”, tekan “Top Up” (Tambah Nilai). Masukkan amaun yang anda ingin tambah nilai dan pilih kaedah tambah nilai. Anda boleh menambah nilai wallet Razer Pay™ menggunakan PIN Razer Pay yang dibeli dari 7-Eleven, akaun bank, atau kad debit anda.
Adakah saya boleh menambah nilai wallet Razer Pay™ saya menggunakan kad kredit?
Tidak, anda tidak boleh menambah nilai wallet Razer Pay™ anda menggunakan kad kredit, kerana Razer Pay™ membenarkan pengeluaran tunai ke akaun bank.
Adakah saya boleh menambah wallet Razer Pay menggunakan kad prabayar 16 angka saya?
Tidak.
Adakah saya boleh memautkan kad debit/kredit saya kepada akaun Razer Pay™ saya?
Ya, tekan “Pocket” (Poket) sebelum memilih “Bank Card” (Kad Bank). Tekan “Add Card” (Tambah Kad) untuk memautkan kad debit/kredit anda kepada akaun Razer Pay™ anda.
Bagaimanakah untuk memastikan kad debit/kredit saya boleh digunakan?
Kami akan menolak RM1.01 daripada kad debit/kredit anda sebaik sahaja anda memautkan kad tersebut dengan akaun anda. Sekiranya pemotongan berjaya, kami akan mengembalikan caj sebanyak RM1.01 kepada anda dalam tempoh 3 hari bekerja.
Saya telah menambah nilai wallet Razer Pay™ saya. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sebelum wang tersebut boleh digunakan?
Anda boleh mengunakan wang anda dengan serta-merta.
Berapakah baki maksimum wallet Razer Pay™?
Baki maksimum wallet Razer Pay™ ialah RM500 untuk akaun yang tidak disahkan, dan RM1,500 untuk akaun yang sudah disahkan.
Adakah baki minimum diperlukan untuk mengekalkan wallet Razer Pay™ saya?
Tidak.
Adakah Razer Pay™ menawarkan sebarang pelan kredit?
Tidak.
Adakah saya boleh menambah nilai, memindah atau menerima wang dalam mata wang yang berbeza?
Tidak, anda hanya boleh melakukan transaksi dalam Ringgit Malaysia untuk nombor akaun Malaysia yang berdaftar.
Apakah perbezaan antara Wallet dan Poket?
Wallet digunakan untuk urus niaga berbentuk tunai (iaitu pembayaran dan pemindahan), manakala poket bertindak lebih sebagai penyimpanan (iaitu kad debit/kredit dan kupon).
Kembali ke Atas
 

Pembayaran

Adakah saya boleh menggabungkan pesanan pada beberapa peniaga dalam satu pembayaran?
Tidak.
Adakah saya boleh membahagikan pembayaran satu pembelian kepada beberapa kaedah pembayaran?
Tidak, anda tidak boleh membahagikan kaedah pembayaran satu pembelian anda sebagai contoh separuh daripada pembelian dibuat melalui wallet Razer Pay™ manakala separuh lagi melalui kad kredit/tunai.
Adakah terdapat had maksimum untuk setiap pembayaran?
Ya, amaun pembayaran maksimum adalah sama dengan had baki wallet anda iaitu RM500 untuk akaun yang tidak disahkan, dan RM1,500 untuk akaun yang sudah disahkan.
Apakah mata wang yang boleh digunakan untuk proses pembayaran?
Secara lalai, sebagai pengguna Razer Pay™ Malaysia, semua harga dan kos penghantaran akan menggunakan mata wang Ringgit Malaysia. Oleh itu pembayaran juga akan dilakukan dalam Ringgit Malaysia.
Bagaimanakah saya membayar menggunakan wallet saya?
  1. Jika peniaga mempunyai kod QR Razer Pay™, anda boleh mengimbas kod QR untuk melaksanakan pembayaran melalui fungsi “Scan” (Imbas).
  2. Jika peniaga mempunyai terminal POS, peniaga juga boleh mengimbas kod QR anda melalui fungsi “Pay” (Bayar).
  3. Jika peniaga adalah peniaga dalam talian, seperti pengendali kredit permainan, anda boleh memesan dan membayar hanya dengan menggunakan aplikasi melalui salah satu aplikasi mini kami.
Saya tidak boleh membayar menggunakan wallet saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak perkara berikut:
  1. Anda mempunyai sambungan rangkaian yang baik.
  2. Anda mempunyai wang yang mencukupi dalam wallet anda. Jangan lupa untuk tambah nilai sebelum anda gunakan!
  3. Anda telah memasukkan PIN Pembayaran anda dengan betul.
  4. Anda tidak melebihi had transaksi tahunan sebanyak RM50,000. Anda akan menerima pemberitahuan apabila anda mencapai amaun transaksi tahunan sebanyak RM40,000. Jika anda tidak pasti, anda boleh menyemak dengan Khidmat Sokongan Pelanggan.
Adakah saya boleh mengimbas kod QR yang bukan Razer Pay™ untuk membayar?
Tidak, aplikasi Razer Pay™ tidak dapat mengenal pasti kod QR yang tidak sah.
Adakah saya boleh membayar dengan mengimbas kod QR menggunakan kamera saya?
Tidak, anda hanya boleh menggunakan fungsi “Scan” (Imbas) aplikasi Razer Pay™ pada Skrin Utama bagi mengimbas kod QR untuk membayar.
Adakah saya masih boleh menggunakan kod QR tersebut untuk membayar sekiranya tiada sambungan internet?
Tidak, sambungan internet yang aktif diperlukan untuk menggunakan Razer Pay™.
Kembali ke Atas
 

Pemindahan

Bagaimanakah saya memindahkan dana?

Tekan aplikasi mini “Transfer” (Pemindahan). Pilih rakan anda daripada senarai “To My Phone Contacts” (Kepada Kenalan Dalam Telefon Saya), atau cari nombor rakan anda menggunakan fungsi “To Razer Pay™ Account” (Kepada Akaun Razer Pay™). Masukkan jumlah yang anda ingin pindahkan sebelum mengetik “Confirm” (Sahkan).

Anda juga boleh memindahkan wang kepada rakan anda menerusi tab “Friends” (Rakan). Dalam tetingkap sembang dengan rakan anda, tekan “ikon [+]” dan tekan “Transfer” (Pemindahan). Masukkan jumlah yang anda ingin pindahkan sebelum mengetik “Confirm” (Sahkan).

Anda juga boleh memindahkan wang menggunakan fungsi “Scan” (Imbas) Imbas kod QR penerima dalam “Collect” (Kutip). Masukkan jumlah yang anda ingin pindahkan sebelum mengetik “Confirm” (Sahkan).

Saya tidak dapat memindahkan wang. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak perkara berikut:
  • Anda mempunyai sambungan rangkaian yang baik.
  • Anda mempunyai wang yang mencukupi dalam wallet anda.
  • Anda telah memasukkan PIN Pembayaran anda dengan betul.
  • Anda tidak melebihi had transaksi tahunan sebanyak RM50,000. Anda akan menerima notifikasi apabila anda mencapai amaun transaksi tahunan sebanyak RM40,000. Jika anda tidak pasti, anda boleh menyemak dengan Sokongan Pelanggan.
Saya tidak dapat menerima wang daripada rakan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak perkara berikut:
  1. Rakan anda telah berjaya memindahkan wang.
  2. Anda mempunyai sambungan rangkaian yang baik.
  3. Anda tidak melebihi had transaksi tahunan iaitu sebanyak RM50,000, anda akan menerima notifikasi sekiranya anda mencapai amaun transaksi tahunan sebanyak RM40,000. Jika anda tidak pasti, anda boleh menyemak dengan Sokongan Pelanggan.
Adakah saya boleh memindahkan wang kepada bukan pengguna Razer Pay™?
Tidak, rakan anda perlu mendaftar akaun Razer Pay™ untuk menerima pemindahan wang daripada akaun Razer Pay™.
Adakah sayaboleh memindahkan wang kepada pengguna Razer Pay™ yang tidak ada dalam senarai rakan saya?
Ya.
Adakah saya boleh memindahkan wang ke luar negara?
Tidak, Razer Pay™ tidak menyokong kiriman rentas sempadan buat masa ini.
Adakah terdapat had maksimum untuk setiap pemindahan?
Ya, jumlah pemindahan maksimum adalah sama dengan had baki wallet anda iaitu RM500 untuk akaun yang tidak disahkan, dan RM1,500 untuk akaun yang sudah disahkan.
Adakah terdapat bilangan maksimum untuk pemindahan sehari?
Tidak.
Saya baru membuat pemindahan. Berapa lamakah wang yang dipindahkan akan sampai kepada rakan saya?
Pemindahan antara dua akaun Razer Pay™ adalah secara serta-merta.
Adakah saya boleh menarik balik pemindahan yang telah dilakukan?
Tidak, anda tidak boleh menarik balik pemindahan selepas anda mengesahkan transaksi.
Apakah yang boleh saya lakukan jika saya memindahkan wang ke akaun Razer Pay™ yang salah?
Razer Pay™ tidak dapat mengembalikan pemindahan anda. Anda perlu bercakap dengan penerima dan meminta mereka memindahkan kembali wang anda.
Kembali ke Atas
 

Paket Bertuah

Bagaimanakah untuk menghantar Paket Bertuah?
Di bawah tab “Friends” (Rakan), anda boleh menghantar Paket Bertuah kepada Rakan Razer Pay™, dan terdapat dua cara untuk melakukannya:
  1. Anda boleh memulakan sembang dengan seseorang dan tekan “ikon [+]” di bahagian bawah. Anda akan nampak “Lucky Packet”(Paket Bertuah) sebagai pilihan.
  2. Dalam senarai Kenalan Razer Pay anda, pilih rakan yang anda ingin hantarkan Paket Bertuah. Tekan ikon “[Paket Bertuah]” untuk menghantar Paket Bertuah kepada rakan tersebut.
Saya tidak dapat menghantar Paket Bertuah. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak perkara berikut:
  1. Anda mempunyai sambungan rangkaian yang baik.
  2. Anda mempunyai wang yang mencukupi dalam dompet anda.
  3. Anda telah memasukkan PIN Pembayaran anda dengan betul.
  4. Anda tidak melebihi had transaksi tahunan sebanyak RM50,000. Anda akan menerima notifikasi apabila anda mencapai amaun transaksi tahunan sebanyak RM40,000. Jika anda tidak pasti, anda boleh menyemak dengan Sokongan Pelanggan.
Bagaimanakah saya menerima Paket Bertuah?
Tekan mesej Paket Bertuah daripada rakan anda. Tekan “Open” (Buka) untuk melihat jumlah yang anda terima! Wang dalam Paket Bertuah tersebut akan ditambah secara automatik pada wallet anda.
Saya tidak dapat menerima Paket Bertuah daripada rakan saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila semak perkara berikut:
  1. Rakan anda telah berjaya menghantar Paket Bertuah.
  2. Anda mempunyai sambungan rangkaian yang baik.
  3. Anda tidak melebihi had transaksi tahunan iaitu sebanyak RM50,000, anda akan menerima notifikasi sekiranya anda telah mencapai amaun transaksi tahunan sebanyak RM40,000. Jika anda tidak pasti, anda boleh menyemak dengan Sokongan Pelanggan.
Adakah saya boleh menghantar Paket Bertuah kepada pengguna bukan Razer Pay™?
Tidak, rakan anda perlu mendaftar akaun Razer Pay™ untuk menerima Paket Bertuah daripada akaun Razer Pay™.
Adakah saya boleh memindahkan wang kepada pengguna Razer Pay™ yang tidak ada dalam senarai rakan saya?
Tidak.
Adakah terdapat had maksimum untuk setiap Paket Bertuah?
Ya, jumlah maksimum Paket Bertuah adalah sama dengan had baki wallet anda iaitu RM500 untuk akaun yang tidak disahkan, dan RM1,500 untuk akaun yang sudah disahkan.
Apakah yang akan terjadi apabila rakan saya yang tidak membuka Paket Bertuah yang saya hantar?
Selepas 24 jam, sekiranya penerima belum membuka Paket Bertuah mereka, Paket Bertuah akan dipadam dan wang tersebut akan dikembalikan ke wallet anda.
Adakah saya boleh menarik balik Paket Bertuah yang telah dihantar?
Tidak, anda tidak boleh menarik balik Paket Bertuah selepas anda mengesahkan transaksi.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya menghantar Paket Bertuah kepada orang yang salah?
Razer Pay™ tidak dapat mengembalikan pemindahan anda. Anda perlu bercakap dengan penerima dan meminta mereka memindahkan kembali wang anda.
Kembali ke Atas
 

Pengeluaran Tunai

Bagaimanakah untuk mengeluarkan tunai ke akaun bank saya?
Di bawah tab “Wallet” (Dompet), tekan “Cash Out” (Keluarkan Tunai). Tambah akaun bank dengan memilih bank kemudian masukkan Nombor Akaun Bank, Nama Pemegang Akaun Bank dan Alamat E-mel. Masukkan jumlah yang anda ingin keluarkan dan tekan “Confirm” (Sahkan).
Mengapakah pengeluaran tunai ke akaun bank saya gagal?
Anda mungkin telah memasukkan nombor akaun bank yang tidak sah. Pada percubaan pengeluaran tunai anda yang seterusnya, sila periksa nombor akaun penerima dan butirannya betul. Sekiranya anda mempunyai masalah lanjut berkaitan dengan pengeluaran tunai ke akaun bank anda, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami untuk menyelesaikan isu anda.
Adakah terdapat had untuk mengeluarkan tunai ke akaun bank?
Ya, jumlah pengeluaran tunai maksimum adalah RM50 untuk setiap transaksi. Walau bagaimanapun, tidak ada had bagi bilangan kekerapan untuk anda mengeluarkan tunai ke akaun bank.
Saya telah mengeluarkan tunai. Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sebelum dana tersebut sampai ke akaun bank saya?
Razer Pay™ akan mengkreditkan akaun bank anda dalam tempoh 3 hari bekerja selepas anda melaksanakan pengeluaran tunai.
Adakah saya boleh membatalkan pengeluaran tunai ke akaun bank saya?
Tidak, anda tidak boleh membatalkan pengeluaran tunai selepas anda mengesahkan transaksi.
Apakah yang boleh saya lakukan jika saya mengeluarkan tunai ke akaun bank yang salah?
Razer Pay™ tidak dapat mengembalikan pemindahan anda. Anda perlu bercakap dengan penerima dan meminta mereka memulangkan kembali wang anda.
Kembali ke Atas
 

Sejarah Transaksi

Bagaimanakah untuk menyemak sejarah transaksi saya?
Tekan aplikasi mini “Transactions” (Transaksi) untuk menyemak sejarah transaksi anda.
Berapa lamakah sejarah transaksi akan disimpan?
Sejarah transaksi anda akan disimpan sehingga 6 bulan.
Saya tidak mengenali caj yang terdapat dalam sejarah transaksi saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Jika anda tidak mengenali caj, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami dengan segera untuk mengesahkan transaksi.
Jumlah yang salah telah ditolak daripada wallet saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila ambil perhatian bahawa Razer Pay™ hanya akan mengenakan caj kepada pengguna mengikut nilai transksi yang terkandung dalam halaman pengesahan pesanan, dan tiada wang tambahan akan ditolak. Sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami dengan segera untuk menyelesaikan isu anda.
Baki wallet saya tidak tepat selepas proses pembayaran. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sila periksa sejarah transaksi anda untuk apa-apa pembelian terkini yang sepadan dengan jumlah wang yang hilang.
Kembali ke Atas
 

Kredit Permainan/Mudah Alih

Bagaimanakah cara saya membeli Razer Gold melalui Razer Pay™?
Tekan aplikasi mini “Razer Gold”. Masukkan Razer Gold ID anda, pilih jumlah kredit permainan yang anda kehendaki, dan tekan “Confirm” (Sahkan). Anda akan diminta untuk membayar. Selepas pembayaran lengkap, wallet Razer Gold anda akan dikemas kini.
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sebelum kredit Razer Gold saya boleh digunakan?
Razer Pay™ akan membantu proses tambah nilai ke atas Razer Gold anda dengan serta-merta.
Apakah kredit permainan lain yang saya boleh beli melalui Razer Pay™?
Sama seperti Razer Gold, anda boleh menambah nilai beberapa kredit permainan yang lain melalui aplikasi mini “Game Credits” (Kredit Permainan). Kami menyokong kredit permainan seperti Razer PIN, Steam Wallet Code, @Cash, Sony PlayStation Money, Blizzard PIN SEA, Tencent QQ Coin, dan banyak lagi.
Saya telah menambah nilai akaun kredit permainan saya melalui Razer Pay™, tetapi saya masih tidak boleh menggunakannya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda melihat nilai akaun kredit maya anda telah bertambah tetapi masih tidak dapat menggunakannya, sila hubungi operator akaun kredit maya untuk menyelesaikan isu anda.
Bagaimanakah untuk menambah nilai nombor mudah alih prabayar melalui Razer Pay™?
Tekan aplikasi mini “Mobile Top-Up” (Tambah Nilai Mudah Alih). Pilih penyedia perkhidmatan mudah alih dan produk mudah alih prabayar anda. Masukkan nombor mudah alih anda dan jumlah tambah nilai yang anda kehendaki, dan tekan “Confirm” (Sahkan). Anda akan diminta untuk membayar. Setelah selesai proses pembayaran, nombor mudah alih prabayar anda akan dikreditkan.
Penyedia perkhidmatan mudah alih manakah yang boleh saya tambah nilai melalui Razer Pay™?
Buat masa ini, kami menyokong Maxis Hotlink, Digi, Celcom Xpax, uMobile, dan banyak lagi.
Adakah had untuk menambah nilai nombor mudah alih prabayar saya?
Ya, anda tidak boleh menambah nilai jumlah yang sama kepada penyedia perkhidmatan mudah alih dua kali dalam sela masa 30 minit atau kurang.
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sebelum kredit nombor mudah alih prabayar saya boleh digunakan?
Razer Pay™ akan membantu proses tambah nilai ke atas penyedia perkhidmatan mudah alih anda dengan serta-merta.
Saya telah menambah nilai nombor mudah alih prabayar saya melalui Razer Pay™, tetapi saya masih tidak dapat membuat sebarang panggilan/menghantar mesej. Apakah yang perlu saya lakukan?
Sekiranya anda melihat nilai pada nombor mudah alih prabayar anda telah bertambah tetapi tidak dapat membuat sebarang panggilan/menghantar mesej/mengakses rangkaian mudah alih, sila hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih berkenaan untuk menyelesaikan isu anda.
Kembali ke Atas
 

Kupon

Di manakah saya boleh dapatkan kupon?
Tekan aplikasi mini “Coupons” (Kupon). Ini akan membawa anda ke Hab Kupon kami, di mana anda boleh memilih dan menuntut kupon untuk kegunaan akan datang. Anda boleh mencari semua kupon yang tersimpan dalam “Pocket” (Poket) anda pada tab Utama Razer Pay™ .
Bila saya boleh mula menggunakan kupon tersebut?
Anda boleh menggunakan kupon sebaik ia muncul dalam aplikasi mini “Coupons” (Kupon) dan anda telah berjaya menuntutnya dalam “Pocket” (Poket) anda.
Bolehkah saya menyimpan kupon saya sebelum menebusnya?
Ya, boleh. Tekan aplikasi mini “Coupons” (Kupon). Pilih kupon yang anda ingin simpan, dan tekan “Claim” (Tuntut). Anda kini dapat mencari kupon dalam “Pocket” (Poket) pada tab Utama Razer Pay™.
Bagaimanakah untuk menggunakan kupon saya?
Pada halaman butiran pembayaran, pilih kupon yang anda ingin gunakan sebelum pembayaran. Sebaik sahaja dipilih, tekan “Pay” (Bayar) dan kupon anda akan digunakan. Sila maklum kupon yang tidak terpakai untuk pembelian tersebut tidak akan ditunjukkan.
Bagaimanakah untuk menggunakan kupon sekiranya saya membuat pembayaran melalui kod QR?
Tekan kupon yang relevan di dalam “Pocket” (Poket) kemudian tekan “Pay” (Bayar). Dedahkan Kod Pembayaran dengan memasukkan PIN Pembayaran anda. Peniaga mengimbas Kod Pembayaran anda dan pembayaran dilakukan.
Saya tidak dapat menggunakan kupon saya. Apakah yang perlu saya lakukan?
Mungkin terdapat beberapa sebab mengapa kupon tidak boleh digunakan. Kebiasaannya:
  1. Kupon itu tidak sepadan dengan pesanan anda. Sebagai contoh, anda tidak boleh menggunakan kupon satu peniaga pada peniaga yang lain. Periksa sama ada anda menggunakan kupon yang betul untuk pesanan anda.
  2. Kupon yang anda ingin gunakan telah luput.
  3. Anda belum memenuhi keperluan perbelanjaan minimum. Sebagai contoh, potongan RM2 untuk pembelian RM10 atau lebih bermakna anda hanya akan menerima diskaun RM2 sekiranya nilai pesanan anda adalah RM10 atau lebih.

Jika kupon tersebut sah sepenuhnya, tetapi anda menghadapi masalah menebus faedahnya, sila hubungi Khidmat Sokongan Pelanggan kami untuk menyelesaikan isu anda.

Bolehkah saya menebus beberapa kupon untuk satu pembayaran?
Tidak, anda hanya dapat menebus satu kupon bagi setiap pembayaran.
Adakah kupon saya akan luput?
Ya, semua kupon akan luput. Untuk memeriksa tarikh luput untuk kupon yang disimpan, tekan “Pocket” (Poket) dan pilih kupon untuk melihat tarikh sahnya, aturan penggunaan, kedai yang boleh dipakai serta dan syarat.
Adakah saya boleh menghantarkan kupon kepada rakan saya?
Tidak, kupon adalah untuk kegunaan anda sahaja.
Di manakah saya boleh mencari sejarah kupon saya?
Anda boleh mencari kupon yang anda telah tuntut dalam “Pocket” (Poket) anda. Kupon yang luput atau terpakai akan muncul di bawah “Invalid Coupon” (Kupon Tidak Sah).
Kembali ke Atas
 

Keselamatan

Bagaimanakah tahap keselamatan Razer Pay™?
Maklumat peribadi dan kewangan anda adalah dijamin dan disulitkan. Akaun Razer Pay™ anda kekal selamat dengan OTP. Razer Pay™ tidak menyimpan sebarang kelayakan perbankan peribadi anda, seperti akaun perbankan dalam talian ataupun kata laluan anda.
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan sebelum setiap OTP luput?
Setiap OTP akan luput selepas 3 minit. Jika OTP luput sebelum anda memasukkannya, anda perlu meminta OTP yang baru. Jika anda meminta (dan menerima) OTP baru sebelum tamat tempoh luput, OTP yang diminta sebelum ini akan menjadi tidak sah.
Apa yang saya patut lakukan jika saya tidak menerima OTP?
Anda sepatutnya menerima OTP anda dalam tempoh beberapa saat. Jika anda tidak menerimanya:
  1. Tekan “Resend OTP” (Hantar Semula OTP) untuk meminta OTP baru.
  2. Sekiranya masih tidak berfungsi, periksa status operator rangkaian mudah alih anda sama ada sedang berfungsi atau tidak.
Akaun saya telah digantung. Adakah saya boleh mengaktifkan semula akaun saya yang digantung?
Sila hantarkan butiran berikut kepada kami melalui borang web di sini:
  • Nombor mudah alih anda yang didaftarkan.
  • Alamat e-mel anda yang didaftarkan
Saya lupa kata laluan log masuk saya. Bagaimanakah untuk mendapatkannya kembali?

Anda boleh mendapatkan kembali kata laluan log masuk anda dengan menggunakan OTP mudah alih. Di halaman log masuk, masukkan nombor mudah alih anda di bawah Akaun, dan tekan “Forget Password?” (Lupa Kata Laluan?). Tekan “Yes” (Ya) dan masukkan OTP yang telah dihantar ke telefon mudah alih anda.

Sekiranya anda telah log masuk dan ingin menukarkan kata laluan anda, anda boleh melakukannya di bawah tab “Me” (Saya). Tekan “Security” (Keselamatan), kemudian tekan “Change Login Password” (Tukar Kata Laluan Log Masuk).

Saya lupa PIN Pembayaran saya. Bagaimanakah untuk mendapatkannya kembali?
  1. Pada tab “Me” (Saya), tekan “Security” (Keselamatan), kemudian tekan “Change Payment PIN” (Tukar PIN Pembayaran).
  2. Sahkan yang anda tidak mengingati PIN Pembayaran anda dengan mengetik “No” (Tidak).
  3. Masukkan OTP yang telah dihantar ke nombor mudah alih berdaftar anda.
  4. Masukkan PIN Pembayaran 6-dgit baru anda sebanyak dua kali.
  5. PIN Pembayaran baru anda telah ditetapkan.
Adakah Razer Pay™ menawarkan sebarang jenis perkhidmatan Perlindungan Pembeli ataupun eskrow?
Tidak.
Bagaimanakah cara saya melaporkan aktiviti yang mencurigakan ataupun penipuan di sekeliling akaun Razer Pay™ saya?
Jika anda berdepan dengan aktiviti yang mencurigakan atau penipuan di sekeliling akaun Razer Pay™ anda, termasuk transaksi yang tidak anda ketahui, sila hubungi pasukan Khidmat Sokongan Pelanggan kami serta-merta.
Kembali ke Atas